Thursday, January 23, 2014

Kita tak dapat menjangka apa yang akan terjadi

Apa maksud tajuk saya kali ini?
Ya, sudah tentu kita takkan dapat menjangka apa yang akan terjadi di dalam hidup ini. Ingin saya kongsikan sebuah kisah benar di sini...
 
Baru-baru ini saya ada menghadiri satu program yang berjalan selama 3 hari. Semasa program tersebut, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pada hari pertama, saya lihat ada seorang gadis yang agak pendiam. Pada firasat saya, mungkin dia malu-malu kerana kami semua baru berjumpa dan belum mengenali satu sama lain.
 
Namun begitu, saya agak hairan kerana dia tidak mengambil bahagian secara aktif semasa melakukan aktiviti berkumpulan tetapi kami semua hanya mendiamkan diri. Semasa di penghujung program pada hari pertama, kami bersiap-siap untuk pulang. Tiba-tiba saya terdengar gadis tersebut bercakap dengan pengendali program. Katanya, dia tidak sihat dan mungkin tidak dapat datang pada hari kedua.

Namun, pada hari kedua dia tetap datang. Kelihatan dia lebih sihat dari semalam dan pada hari ini barulah kami bercakap-cakap tentang perihal masing-masing. Tahulah saya rupa-rupanya dia sekarang menjani rawatan untuk penyakit buah pinggang. Saya bertanya lagi, macam mana boleh kena? Dia cakap, panjang ceritanya. Saya kata pendekkanlah (hahaha macam penyibuk saja tapi saya betul-betul nak tahu, manalah tahu akan jadi pedoman buat kita semua).

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya sebelum terkena penyakit buah pinggang, gadis tersebut disahkan menghidap barah dalam rahim. Saya betul-betul terkejut dan tak sangka. Sesungguhnya gadis di depan saya ini telah melalui satu episod hidup yang sangat mencabar. Dia sangat tabah. Saya tanya lagi, macam mana boleh kena? (Rasanya ini soalan normal hehehe)

Dia kata, sebelum ini dia tiada apa-apa penyakit kronik. Dia juga tiada sejarah keluarga yang pernah terkena penyakit tersebut atau penyakit kronik lain. Katanya, mungkin sebab dia pernah terjatuh teruk semasa menjalani latihan khidmat negara dulu.

Ternganga sebentar. Saya katakan, sebab itulah perempuan tak patut pergi latihan sebegitu. (Minta maaf saya cakap, cuma pandangan saya sahaja walaupun saya sendiri suka menyertai aktiviti lasak...) Katanya, ada satu masa dia kena panjat tebing tinggi. Masa itulah dia jatuh terduduk dari tebing itu. Melihat dia tiada apa-apa kecederaan, pelatih hanya mengarahkan dia untuk berehat. Sekali lagi saya terkejut. Saya kata, sepatutnya dia dihantar ke klinik...manalah tau ada kecederaan dalaman.

Tetapi apa nak buat. Semuanya sudah terjadi. Tidak beberapa lama selepas itu, dia disahkan menghidap penyakit tersebut. Bagaimana? Tidak tahu bagaimana saya ingin jelaskan.

Apa yang pasti, saya berharap dia akan sembuh sepenuhnya. Amin. Dia sangat baik terhadap saya sepanjang program itu. Saya harap dia bertabah dalam melawan penyakitnya.

Apa yang ingin saya tekankan di sini, seperti yang dinyatakan dalam tajuk saya di atas, kita tak dapat menjangka apa yang akan terjadi dalam hidup ini. Hari ini mungkin kita sihat, esok lusa siapa tahu.
 
Dalam hidup ini, kita mengharapkan yang terbaik untuk diri kita tetapi kita juga harus bersedia untuk menghadapi perkara yang tidak diingini. Kata orang putih:
 
We hope for the best but prepare for the worst.
 
Benar sekali. Nasib baiklah gadis itu mempunyai insurans. Jadi kos rawatan tidaklah menjadi bebanan baginya. Saya amat berharap semakin ramai di antara kita sudi membuka minda dan tahu bahawa insurans adalah sesuatu yang amat perlu. Bukan untuk sesiapa, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri.
 
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelan yang kami tawarkan, hubungi saya Aziemah 019-3663348 atau aziemahsalleh@gmail.com

Saya sedia membantu. Terima kasih.
 


Thursday, January 9, 2014

A Note to Remember

Hi there. What I am about to share is a copy & paste but it is definitely something we should ponder about.

Bank makes your RM100 become RM103
Investment makes your RM100 become RM130
Insurance makes your RM100 become RM100,000

No matter how great and wonderful our life is, there are things beyond our control: accident, illnesses, death

When tragedy happened...
Friends might help you with RM200
Relatives might help you with RM2,000
Parents or siblings might help you with RM20,000
BUT...For sure, only insurance might help you with RM200,000, RM2million or even RM20million

This is REAL. This is INSURANCE! Think about it...no more NO or LATER because serious illnesses or accident can strike anyone at any age and any time. When it does, you would want to be able to afford the best medical care you can get.

Let me help you. Contact me now for further info - Aziemah 0193663348 (aziemahsalleh@gmail.com)