Aktiviti Kami ^^,

Open House di Rumah GSM, Villa Safira, Kajang

  Pada 9 Ogos 2014, semua perunding Takaful RGG dijemput ke open house GSM Roslina Hj Abd Majid dan suaminya, USM Tn Shahlan di Villa Safira.

Sememangnya satu peluang yang ditunggu-tunggu kerana tak sabar nak tengok macam mana rupa banglo mewah ni. Selalu drive kat Kajang cuma nampak signboard Villa Safira yang besar tu.

Melangkah masuk ke dalam banglo tersebut, saya sangat terpegun dan kagum dengan suasana yang sangat tenang dan nyaman. GSM suka berkebun di waktu lapang, maka tak hairanlah ada taman yang cantik di sekeliling rumah.

Kedua-dua suami isteri ini hanya fokus pada bidang insurans Takaful ini. Mereka tak buat benda lain, mereka tak tambah bisnes lain. Mereka hanya fokus pada bidang ini. Siapa sangka, bidang Takaful ini memang sangat hebat. Teringin untuk berjaya seperti mereka suatu hari nanti, doakan saya, amiinn...

Sekitar majlis open house:

-Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil-

-Selepas makan, dah tentu ada aktiviti wajib iaitu bergambar ^^,-


-Kehadiran CEO Great Eastern Life, Dato' Koh Yaw Hui memeriahkan lagi suasana-
 
-Tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Dato' Koh-



 -Keluarga besar Rich Generation Group-

Sememangnya menjadi impian setiap orang untuk mencapai financial freedom dan untuk keluar dari belenggu kewangan yang dihadapi sekarang. Jika anda ingin mengubah hidup anda dan mempunyai semangat yang tinggi, tak mudah berputus asa, saya boleh bantu anda untuk sama-sama berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik. Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Aziemah
019-3663348
aziemahsalleh@gmail.com

Teruskan mengorak langkah. Jatuh bangun itu perkara biasa. Life is Great! Don't waste it...


Bowling Tournament Rich Generation Group (RGG)

  Memang best berada dalam keluarga RGG ni. Sentiasa ada aktiviti yang dijalankan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli.
Pada 15 Jun 2014, kami telah mengadakan bowling tournament di Mines Play Zone. Ini adalah pertama kali saya bermain bowling hahaha. Mula-mula tak mau main, tapi bila dah reti, baru okeyy...ramai yang beri tunjuk ajar.
 -Keluarga besar RGG-

-Suasana sekeliling-

 -Waktu rehat sempat bergambar-

-Dapat no. 9 hahaha boleh lahh-

-with GSM-

 -My team-



Ingin menyertai kami sebagai financial planner Great Eastern Takaful? 
Contact me for further details: Aziemah 019-3663348


Jom Dapat Dinner Contest, Tropicana Golf & Country Resort

 Alhamdulillah...kejayaan demi kejayaan berjaya saya tempa di dalam bidang Takaful ini.

Pada 25 Februari 2014, saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis makan malam di Tropicana Golf & Country Resort kerana berjaya memenangi satu contest. Majlis makan malam mewah yang ditaja sepenuhnya oleh Great Eastern tersebut diadakan bagi meraikan perunding kewangan yang sentiasa berusaha dalam membantu lebih ramai orang di luar sana menguruskan kewangan mereka.

Terima kasih sekali lagi kepada semua klien dan Rich Generation Group.
Terima kasih Great Eastern! I love my job!

-Menerima penghargaan dari CEO of Great Eastern Life, Dato Koh Yaw Hui-

-Sekali lagi, Agensi Roslina Hj Abd Majid antara agensi yang mempunyai paling ramai penerima anugerah-

-Di meja makan-

Sebagai perancang kewangan, kami sangat komited dalam membantu anda menguruskan kewangan dan membantu anda di saat-saat tidak terduga. Mulakan tabung Takaful anda. Pilihan di tangan anda, anda mampu mengubahnya.


Master Sales Award Quarter 4 (2013)

Sebelum ini saya pernah mengatakan bahawa saya ingin mencapai Master Sales Award bagi Quarter 4 untuk tahun 2013.

Alhamdulillah, akhirnya matlamat saya tercapai!
Terima kasih tidak terhingga buat semua klien yang menyokong kerjaya saya ini dan memberikan kepercayaan penuh untuk saya mengendalikan tabung Takaful mereka.
Tanpa mereka siapalah saya...

-Antara mereka yang menerima anugerah pada hari tersebut-

-Agensi Roslina Hj Abd Majid berada di tempat teratas dengan memiliki penerima anugerah yang paling ramai untuk Quarter 4. Wow! Tahniah!-

-Di atas pentas bersama penerima anugerah lain-

Terasa sangat gembira apabila semakin ramai yang dilindungi oleh payung Takaful. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini.


Goal Setting and Seminar, Mayang Sari Resort, Port Dickson

Sebagai permulaan bagi tahun baru 2014, pada 25-26 Januari 2014, Rich Generation Group di bawah pimpinan GSM Roslina Hj Abd Majid telah bergabung dengan tiga agensi lain dan mengadakan satu program Goal Setting and Seminar di Mayang Sari Resort, Port Dickson.

Program ini bertujuan untuk menetapkan matlamat dan hala tuju untuk tahun ini di samping beriadah dan mengeratkan silaturrahim sesama perunding kewangan.

-Program kerohanian tidak pernah dilupakan-

-Suasana di dalam dewan seminar-

-Semakin bersemangat untuk memulakan langkah bagi tahun baru ini-

-Gabungan empat agensi-



-Kumpulan saya (kumpulan hijau) yang mendapat tempat kedua keseluruhan-

Alhamdulillah, saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang menyertai agensi yang mempunyai wawasan tinggi dan sangat berdedikasi untuk melahirkan perancang kewangan yang berkualiti.

Terima kasih Rich Generation Group (Agensi Roslina Hj Abd Majid)!


TBOSS Sharing Session di Great Eastern Mall, Jalan Ampang


Great Eastern sentiasa membuka peluang untuk mereka yang mahu menjadi usahawan berjaya dalam bidang ini. Takaful Business Opportunity Sharing Session atau lebih dikenali sebagai TBOSS adalah satu sesi di mana speakers dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka di dalam bidang Takaful ini.

Gambar di atas diambil semasa satu sesi pada 7 Disember 2013 di mana salah seorang speakernya adalah dari agensi kami (Rich Generation Group). Beliau (yang memakai kot hitam) telah mencapai pelbagai anugerah sepanjang menjadi perunding takaful. Tahniah diucapkan kepada En. Ridzaldo.

Sememangnya agensi kami TOP kerana melahirkan ejen-ejen yang berjaya!


Weekly Meeting RGG


Di RGG kami mengadakan mesyuarat mingguan di mana kami belajar dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain. Oleh itu, kami mempunyai pengetahuan untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang mungkin timbul di dalam bidang ini.

Saya amat komited dalam menghadiri mesyuarat mingguan ini kerana saya ingin menjadi perunding takaful yang tiptop dan mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bidang ini :)



Hari Kerjaya RGG 


Peluang sentiasa terbuka luas bagi mereka yang ingin menjadi Perunding Takaful. Pada 29 Oktober 2013, RGG telah mengadakan hari kerjaya bagi memberi pendedahan bagi mereka yang ingin menyertai bidang ini. Orang kuat Great Eastern, Pn. Norizan telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya dengan Great Eastern. Kata-kata yang menjadi pembakar semangat bagi kami di RGG!


RGG di bawah GSM Roslina Hj Abdul Majid memang TOP di Great Eastern!


Statistik aset Great Eastern pada tahun 2012.


Menjadi perunding takaful adalah satu usaha murni kerana kami ingin membantu mereka di luar sana di saat menghadapi kesusahan.


Anda dialu-alukan untuk menyertai kami di RGG ^__^



TBOSS by Aqilah


Saya sangat komited untuk berjaya dalam bidang ini. Jadi menimba ilmu dari seseorang yang berpengalaman seperti Aqilah adalah satu peluang yang tidak dapat dilepaskan. Beliau adalah salah seorang Top Agent di Great Eastern. Doakan saya berjaya, amin :)





Quarter 3 Star Award RGG

Kepada mereka yang bekerja keras, sudah tentu ada ganjaran yang menunggu! Untuk setiap quarter, award akan diberikan kepada mereka yang memang tip top di RGG!

Aktiviti dimulakan dengan solat Zuhur berjemaah.


Antara mereka yang tiptop dan GSM jemputan.


Kami yang sentiasa komited untuk memberikan khidmat terbaik dalam bidang ini!


Kamilah keluarga Rich Generation Group!


Saya sendiri sedang mengejar award untuk Quarter 4. Doakan saya, amin!


2013 Central Region Final Sprint, PICC


2013 Central Region Final Sprint diadakan di PICC Putrajaya pada 7 October 2013.
Satu sesi di mana pembentangan mengenai pencapaian Great Eastern dilakukan. Dan terbukti Great Eastern tetap No. 1! Tahniah buat Great Eastern!


Seorang speaker hebat dari Thailand turut diundang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Pengalaman beliau menjadi jutawan di usia muda, kemudian jatuh muflis semasa zaman kejatuhan ekonomi 1997, kemudian beliau bangun semula dengan menjual sandwich di tepi jalan. Kini beliau sudah pun berdiri kembali sebagai usahawan yang berjaya di negaranya dengan memiliki rangkaian-rangkaian deli di seluruh Thailand.


Kami di Rich Generation Group (RGG) sentiasa memberikan komitmen penuh terhadap bidang ini!





Futsal Keluarga RGG


Sales, sales juga. Kadang-kadang kenalah beriadah dan bersantai. 

Pada 5 Oktober 2013, telah diadakan futsal tournament di kalangan keluarga RGG. Hahaha memang seronok sebab ini kali pertama saya main futsal. Team merah is the best! No. 1 dari bawah hahaha. Pengalaman yang tak dapat dilupakan :)




No comments:

Post a Comment